Friday, June 5, 2015

TASAWUR SIRI 2 OLEH USTAZ BAHARUDDIN AYUDIN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.
Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.
Hari ini kita akan membincangkan Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan (Bahagian 2).

Pada siri (1) minggu lalu kita sudah sampai kepada kesimpulan bahawa kejayaan yang sebenar itu adalah milik orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

Masih ingatkah lagi kesimpulan ini?

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu´ dalam sembahyangnya,
Surah Al-Mu'minun (23:2)

Siapakah orang-orang yang khusyuk di dalam salat?

Holy Quran 29:45
------------------
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Apa yang dimaksudkan dengan fahsha'?

Perbuatan sumbang terhadap sesama manusia. [17:32]

Holy Quran 17:32
------------------
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Apakah perbuatan yang boleh menghampirkan seseorang kepada zina?

Hari ini banyak atau tidak perkara ini berlaku?

Perbuatan ini ada di mana?

Adakah ia masuk ke rumah kita?

Adakah kita sudah ambil langkah2 pencegahan dengan menyingkirkannya dari dalam hati kita dan menjauhkannya dari rumah kita?

Ini point pertama. Kalau belum boleh tolak fahsha', maka salat itu belumlah khusyuk.
Apa pula makna mungkar?

Kehidupan manusia di dunia ini terdiri dari dua hubungan. Apakah hubungan itu?

Perbuatan buruk seseorang kepada sesama manusia disebut sumbang. Kalau dengan Allah pula disebut apa?

👍 Syirik

Holy Quran 34:31
------------------
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ نُؤْمِنَ بِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَلَا بِالَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ مَوْقُوفُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْجِعُ بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ الْقَوْلَ يَقُولُ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لَوْلَا أَنْتُمْ لَكُنَّا مُؤْمِنِينَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman".

Dalam ayat ini Allah ada menyebut perkataan orang-orang yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu?

Holy Quran 34:32
------------------
قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَىٰ بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ ۖ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ

Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".

Holy Quran 34:33
------------------
وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

Apakah maksud kenyataan ini?

"Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya.

Soalan: Hari ini banyak baca Koran atau al-Qur'an?

Koran tu apa?

Ini semua adalah perbuatan syirik kerana ia menyebabkan manusia membelakangkan al-Qur'an dan tidak mempedulikannya. Setujuu atau tidak?

AlhamdulilLah, jika semua setuju. Apakah ada makna khusyuk dalam salat bagi orang yang melakukan perbuatan sumbang dan syirik?

Apakah makna khusyuk dalam salat yang selama ini kita fahami?

Holy Quran 2:45
------------------
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Holy Quran 2:46
------------------
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

Lihat ayat 2:45

Apa kalimah akhirnya?

Apa pula kalimah di awal ayat 2:46

Cuba perhatikan apa yang hendak saya sampaikan

Jangan gopoh membuat kesimpulan sebelum sempat saya menerangkan kaedahnya

Kaedah: Kalimah (الذين) yang terletak di permulaan surah adalah berfungsi sebagai penerang kepada kalimah sebelumnya.

Apabila ditanya siapakah orang-orang yang khusyuk? Jawabnya ialah:
الذين ... (2:46(

Tujuan akhirat itulah yang menjadikan seseorang itu khusyuk hatinya, bertambah amalnya, sahih niatnya dan ada kekuatan untuk membezakan di antara yang hak dan batil.

Apa makna kenyataan ini?
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) (29:45)

Tadabur al quran

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam salatnya, iaitu orang yang tidak merosakkan hubungan sesama manusia dengan perbuatan sumbang dan tidak mencacatkan hubungannya dengan Allah menerusi perbuatan syirik. Hubungan yang baik dengan Allah dan hubungan yang baik sesama manusia itu hanya dapat dijelmakan apabila seseorang itu memahami al-Qur’an yang dapat membimbingnya meyakini destinasi sebenar yang ditujuinya, iaitu akhirat. [14:3]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا،
والحمد لله ربّ العالمين.


GEMPA BUMI DI DALAM AL QURAN

Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran, perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65 kalimat gempa bumi hanya ditemui dalam penjelasan.

Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.

Seterusnya dari laporan Integreted Tsunami Database for the Pacific menjelaskan bahawa gempa bumi bumi telah mula tercatat pada tahun 416 sehingga sekarang. Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.

Secara etimologi,definisi gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan energi, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.

Merujuk kepada definisi tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

Berkenaan dengan Tsunami pula, sudah pasti perkataan Tsunami tidak akan kita temui dalam Al Quran, kerana tsunami berasal dari bahasa Jepun iaitu (tsu = pelabuhan, nami = gelombang laut), tetapi kalau dihubungkan dengan definisi tsunami itu sendiri adalah sebagai gelombang laut dengan jangka masa panjang yang ditimbulkan oleh gangguan impulsif dari dasar laut, tsunami ini menimbulkan gelombang besar ke kawasan pantai.

Memerhatikan definisi dari tsunami tersebut, maka dalam Al Quran akan ditemui 2 ayat iaitu dalam Surah Al Infithar ayat 3,”dan apabila lautan menjadi meluap” dan Surah At Takwiir ayat 6 “dan apabila laut dipanaskan”. Makna kedua Surah tersebut, adalah menegaskan, dimana laut akan meluap kerana kerana adanya proses pemanasan didasar bumi.

Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu,

Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut?.

Fenomena terjadinya patahan, dan terbentuknya gunung-gunung akibat pergerakan kerak bumi ini dapat ditemui dalam Al Quran pada 1). Surah Ar Ra’du ayat 41

“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabNya”. 

2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu

“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?

Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu

“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”. 

Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cairdan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.

Bukan saja eksploitasi terhadap sumberdaya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmonis antara manusia dengan lingkungan, dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.

Dari berbagai tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi bumi dan tsunami merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya.